By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: Lenggong Geopark Rancang MoU Dengan Kaldera Toba
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Tempatan > Lenggong Geopark Rancang MoU Dengan Kaldera Toba
Tempatan

Lenggong Geopark Rancang MoU Dengan Kaldera Toba

Admin
Last updated: 2026/10/03 at 10:38 AM
1 Min Read
Share
SHARE

LENGGONG – Lenggong Geopark sedang mengatur langkah untuk menjalin kerjasama rasmi dengan Kaldera Toba dari Medan, Indonesia.

Kerjasama itu akan dimeterai melalui satu Memorandum Persefahaman (MoU), selain penganjuran sidang meja bulat sempena Lenggong International Dialogue 2026 pada 24 hingga 29 November ini.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, beliau telah mengadakan perbincangan berhubung kedua-dua perkara tersebut.

Langkah itu dibuat ketika Lenggong mula melebarkan sayap di peringkat antarabangsa, selepas diiktiraf sebagai UNESCO Global Geopark pada April lalu.

Pengiktirafan itu menjadikan Lenggong satu-satunya kawasan di Semenanjung Malaysia dengan dwi-pengiktirafan UNESCO. Sebelum itu, Lembah Lenggong sudah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2012.

Kaldera Toba di Sumatera Utara juga berstatus UNESCO Global Geopark. Kerjasama ini dijangka membuka ruang perkongsian kepakaran, promosi pelancongan dan pemuliharaan warisan antara kedua-dua geopark.

You Might Also Like

13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong

13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak

Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah

Shamsul Anuar Melakukan Lawatan Tinjauan Projek Pembangunan Di Parlimen Lenggong

11 Pasukan Berentap Di Kampung Belum

Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article Mesyuarat Pengurusan Parlimen KDN Bil. 3/2026
Next Article PUSPANITA KDN Singgah Lembah Lenggong

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

KDN Selaras Jawapan Isu Kripto Haram, Imigresen
Parlimen
13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong
Tempatan
13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak
Tempatan
Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?