By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: Lebih 1,300 Anak Muda Lenggong Sertai Iftar Bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Tempatan > Lebih 1,300 Anak Muda Lenggong Sertai Iftar Bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri
Tempatan

Lebih 1,300 Anak Muda Lenggong Sertai Iftar Bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri

Admin
Last updated: 2026/03/19 at 2:03 PM
1 Min Read
Share
SHARE

LENGGONG – Lebih 1,300 anak muda Lenggong hadir ke program iftar anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kebangsaan bersama Pusat Khidmat MP Lenggong dan pelbagai pertubuhan generasi muda di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Lenggong, malam tadi.

Program yang bermula sekitar jam 6:30 petang itu diadakan sempena Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN), dengan kehadiran Timbalan Menteri Dalam Negeri sebagai tetamu kehormat.

Menurut penganjur, program tahunan ini bertujuan memupuk nilai-nilai murni dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan anak muda, khususnya sepanjang bulan Ramadan. Selain berbuka puasa bersama, peserta turut didedahkan dengan pelbagai pengisian rohani dan motivasi, termasuk sesi interaksi bersama pemimpin negara.

Sambutan luar biasa pada tahun ini, kata AADK, membuktikan relevansi program seumpama ini dalam membina jati diri dan sahsiah generasi muda. Ia juga menjadi platform untuk menyampaikan mesej berkaitan pembangunan sahsiah, pencegahan gejala sosial dan pengukuhan institusi keluarga.

Kehadiran ramai anak muda pada program ini dilihat sebagai petanda positif terhadap usaha berterusan pelbagai pihak dalam memastikan generasi muda terus berada di landasan yang betul, selari dengan aspirasi negara untuk melahirkan masyarakat berdaya saing dan berintegriti.

You Might Also Like

13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong

13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak

Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah

Shamsul Anuar Melakukan Lawatan Tinjauan Projek Pembangunan Di Parlimen Lenggong

11 Pasukan Berentap Di Kampung Belum

Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article Saarani Imarahkan Ramadan Bersama Jemaah Kampung Changkat Berangan
Next Article Kacau Dodol Lenggong: 31 Kawah, Satu Semangat Komuniti

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

KDN Selaras Jawapan Isu Kripto Haram, Imigresen
Parlimen
13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong
Tempatan
13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak
Tempatan
Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?