By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: Lebih 11,000 Pelajar & Staf Sekolah Lenggong Terima Duit Raya 2026
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Tempatan > Lebih 11,000 Pelajar & Staf Sekolah Lenggong Terima Duit Raya 2026
Tempatan

Lebih 11,000 Pelajar & Staf Sekolah Lenggong Terima Duit Raya 2026

Admin
Last updated: 2026/03/18 at 2:49 PM
2 Min Read
Share
SHARE

LENGGONG – Tradisi Duit Raya yang dimulakan sejak 2008 di Parlimen Lenggong diteruskan tahun ini dengan pengagihan kepada lebih 11,000 pelajar dan staf sekolah rendah, menengah serta sekolah tahfiz di seluruh kawasan.

Program yang berlangsung sepanjang Mac ini melibatkan puluhan sekolah, antaranya pada 13 Mac di Sekolah Kebangsaan Raban (248 murid, 34 staf), SK Lubuk Kawah (155 murid, 29 staf), SK Luat (30 murid, 11 staf), SK Beng (36 murid, 12 staf), SK Chepor (47 murid, 20 staf), SK Ganda Temengor (188 murid, 36 staf), SK Seri Tawai (106 murid, 20 staf), SK Kenayat (85 murid, 15 staf), SK Felda Lawin Utara (114 murid, 29 staf), SK Felda Papulut (187 murid, 28 staf) dan SK Felda Lawin Selatan (158 murid, 21 staf).

Pada 16 Mac, program diteruskan di SK Kenering (343 murid, 35 staf), SK RPS Dala (202 murid, 30 staf), SK Bukit Sapi (69 murid, 14 staf), SK Sumpitan (113 murid, 17 staf), SK Gelok (130 murid, 21 staf), SK Temelong (69 murid, 14 staf), SK Banggol Belimbing (45 murid, 13 staf) dan SJK (Cina) Khay Beng (25 murid, 10 staf).

Sementara itu, 17 Mac menyaksikan pengagihan di SMK Gerik (778 murid, 86 staf), SK Mahkota Sari (595 murid, 50 staf), SK Sri Adika Raja (876 murid, 107 staf), SK Tan Sri Ghazali Jawi (385 murid, 41 staf), SM Sultan Idris Shah II (757 murid, 106 staf), SMK Seri Budiman (198 murid, 49 staf), SMK Kenering (365 murid, 51 staf), SM Sultan Azlan Shah (277 murid, 55 staf), SM Tan Sri Abdul Aziz (288 murid, 38 staf), SMK Dato’ Ahmad (554 murid, 59 staf), SK Bukit Balai (173 murid, 27 staf) dan SK Lenggong (252 murid, 31 staf).

Tradisi ini bukan sahaja bertujuan menyemarakkan sambutan Aidilfitri, malah menjadi platform memupuk perpaduan dan kegembiraan dalam kalangan pelajar serta warga sekolah. Ia juga mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan Parlimen Lenggong dalam memastikan kebajikan pelajar dan staf sentiasa diberi perhatian, khususnya ketika meraikan detik istimewa seperti Aidilfitri.

You Might Also Like

13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong

13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak

Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah

Shamsul Anuar Melakukan Lawatan Tinjauan Projek Pembangunan Di Parlimen Lenggong

11 Pasukan Berentap Di Kampung Belum

Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article Tradisi Duit Raya Diteruskan Di SK Lenggong
Next Article Lenggong Semarak Aidilfitri Dengan Pesta Lemang Bersama Pemimpin

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

KDN Selaras Jawapan Isu Kripto Haram, Imigresen
Parlimen
13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong
Tempatan
13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak
Tempatan
Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?