By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: Langit Biru Akan Menjelma, UMNO Perlu Kukuh & Pulih Imej
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Politik > Langit Biru Akan Menjelma, UMNO Perlu Kukuh & Pulih Imej
Politik

Langit Biru Akan Menjelma, UMNO Perlu Kukuh & Pulih Imej

Admin
Last updated: 2026/09/09 at 1:21 PM
2 Min Read
Share
SHARE

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menzahirkan keyakinan bahawa masa depan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetap cerah sekiranya seluruh jentera parti bersatu padu dalam usaha mengukuhkan organisasi serta memulihkan imej parti di mata rakyat.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Taklimat Presiden UMNO yang berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2026 bermula jam 3.00 petang.

“Bila awan mendung berarak lalu, insyallah langit biru akan menjelma,” kata Ahli Parlimen Lenggong itu yang turut menegaskan kepentingan setiap lapisan kepimpinan dan akar umbi untuk menjadikan agenda pengukuhan parti sebagai keutamaan.

Shamsul Anuar menekankan bahawa kunci kepada kebangkitan semula UMNO dan BN terletak pada keupayaan parti dalam meyakinkan rakyat melalui penyampaian perkhidmatan yang terbaik dan berkesan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

“Kuat dan kukuhkan parti, pulihkan imej UMNO BN. Yakinkan rakyat dengan perkhidmatan terbaik untuk mereka. Insyallah Malaysia akan BN UMNO birukan,” tegas beliau.

Majlis taklimat tersebut dilihat sebagai platform penting bagi menyampaikan hala tuju serta strategi terkini parti kepada seluruh jentera UMNO menjelang cabaran politik akan datang, sekali gus mencerminkan kesungguhan kepimpinan parti dalam merancang langkah strategik untuk kembali memenangi keyakinan dan kepercayaan rakyat.

You Might Also Like

Undi Rakyat Jadi Penentu Kejayaan Kerjasama BN-PN

Shamsul Anuar Hadiri Mesyuarat Induk Pilihanraya BN Melaka

Semangat Jentera Perkukuh Keyakinan Di Sungai Udang

Calon BN, Datuk Rais Ditetapkan Untuk Pilihan Raya DUN Sungai Udang

BN Kekal Konsisten Utamakan Kepentingan Negara & Rakyat

Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article MB Perak Hulur Perabot Baru Untuk Sekolah Agama Kampung Sawa
Next Article Perasmian Perhimpunan Agung Sayap UMNO 2026 Berlangsung Di WTCKL

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

KDN Selaras Jawapan Isu Kripto Haram, Imigresen
Parlimen
13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong
Tempatan
13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak
Tempatan
Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?