LENGGONG – Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak (DUN Kenering), Cikgu Aida menyampaikan kotak makanan Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan kepada penduduk Kampung Padang Kunyit yang memerlukan menerusi Program Kunjung Kasih Keluarga Kenering.
Beliau berkata, kunjungan tersebut bukan sekadar menyampaikan bantuan, malah menjadi ruang untuk bertanya khabar dan mendengar luahan masyarakat secara langsung.
“Alhamdulillah, terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana sentiasa prihatin. Kunjungan ini benar-benar menceriakan kami,” ujar salah seorang penerima.
Cikgu Aida berharap bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban keluarga yang disantuni di kawasan DUN Kenering.









