HULU PERAK – Penduduk Felda Lawin Selatan menerima kunjungan Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak (DUN Kenering), Cikgu Aida menerusi Program Santai Kenering.
Dalam program itu, beliau menyampaikan kotak makanan sumbangan Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan kepada penduduk setempat.
Bagaimanapun, menurut Cikgu Aida, program itu bukan sekadar untuk menyerahkan sumbangan.
Katanya, ia turut menjadi peluang untuk bertemu, bertanya khabar dan mengeratkan hubungan bersama masyarakat.
“Walaupun sumbangan ini sederhana, diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan membantu keperluan harian para penerima,” katanya.
Cikgu Aida turut berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak atas keprihatinan berterusan terhadap kebajikan rakyat.









