HULU PERAK – Kotak makanan diserahkan kepada beberapa keluarga di Tanjung Jerai, Padang Kunyit petang tadi menerusi program Kunjung Kasih Keluarga Kenering.
Sumbangan Kerajaan Negeri Perak itu disalurkan melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan dan diserahkan sendiri oleh Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak (DUN Kenering), Cikgu Aida.
Beliau mengakui nilai bantuan itu tidak seberapa, namun berharap ia dapat meringankan urusan dan menceriakan hati keluarga yang menerima.
“Yang lebih penting, setiap kunjungan menjadi ruang untuk kita bertanya khabar, mendengar cerita dan memastikan kebajikan masyarakat sentiasa diberi perhatian,” katanya.
Program itu antara gerak kerja turun padang yang digerakkan Pusat Khidmat Pegawai Khas MB Perak (DUN Kenering) untuk dekat dengan rakyat di peringkat akar umbi.
Ia juga sejajar dengan agenda kebajikan Kerajaan Negeri Perak di bawah Menteri Besar, Dato’ Seri Saarani Mohamad.






