LENGGONG – Konvoi Iftar Anak Muda Parlimen Lenggong yang berlangsung petang semalam menyaksikan penyertaan ramai anak muda dari seluruh kawasan parlimen. Konvoi bermula di Dataran Kota Tampan sebelum berakhir di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Lenggong.
Program yang diadakan pada Rabu, 18 Mac 2026 itu turut disertai Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, YB Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Bin Nasarah. Kehadiran beliau bersama peserta konvoi dilihat sebagai usaha mendekati golongan muda dan menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti kemasyarakatan sepanjang Ramadan.
Sepanjang konvoi, peserta berpeluang berinteraksi secara santai dengan pemimpin mereka, selain berkongsi pandangan dan membina semangat kebersamaan. Program ini bukan sahaja bertujuan mengeratkan hubungan antara pemimpin dan generasi muda, malah menjadi platform memupuk perpaduan serta kerjasama dalam kalangan masyarakat setempat.
Pemuda UMNO Lenggong berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh nilai murni dan memperkasakan peranan anak muda dalam pembangunan komuniti Lenggong.
