LENGGONG – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menyampaikan sumbangan komputer kepada mahasiswa dan pelajar memerlukan di kawasan Parlimen Lenggong pada Jumaat.
Ahli Parlimen Lenggong itu berkata inisiatif tersebut bertujuan memastikan pelajar kurang berkemampuan tidak ketinggalan dalam arus pendidikan digital, dengan sumbangan peralatan teknologi bagi kegunaan pembelajaran mereka.
Penyampaian yang berlangsung pada jam 11.00 pagi itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan beliau memperkasakan modal insan di kawasan tersebut, khususnya golongan muda yang bakal menjadi tonggak pembangunan negara.






















