By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: Kolej Komuniti Lenggong Capai Matlamat Asal Bangunkan Usahawan, Pelancongan
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Tempatan > Kolej Komuniti Lenggong Capai Matlamat Asal Bangunkan Usahawan, Pelancongan
Tempatan

Kolej Komuniti Lenggong Capai Matlamat Asal Bangunkan Usahawan, Pelancongan

Admin
Last updated: 2026/06/05 at 7:34 AM
1 Min Read
Share
SHARE

LENGGONG – Kolej Komuniti Lenggong yang bermula sebagai Kolej Komuniti Lenggong (Cawangan Sungai Siput) pada 2018 kini dilihat sudah mencapai matlamat asalnya untuk membangunkan usahawan dan sektor pelancongan di daerah itu, kata Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata, kolej itu dilancarkan pada 2018 oleh Menteri Pendidikan Tinggi ketika itu, Datuk Seri Idris Jusoh.

Menurut Shamsul Anuar, hala tuju kolej tersebut kini semakin relevan dengan perkembangan pelancongan di Lenggong, termasuk status Lenggong UNESCO Global Geopark dan Lenggong Tapak Warisan Dunia UNESCO.

“Kini matlamat itu tercapai sesuai dengan pembangunan sektor pelancongan di kawasan Lenggong UNESCO Global Geopark dan Lenggong Tapak Warisan Dunia UNESCO. Saya harap usahawan Lenggong Geopark menjadikan kolej ini sebagai institusi membangunkan perniagaan masing-masing,” katanya.

Shamsul Anuar berkata demikian ketika lawatan ke Kolej Komuniti Lenggong (Cawangan Gerik) pada 12.20 tengah hari, selepas merasmikan Kursus Usahawan Lenggong Geopark.

Lawatan itu turut disertai Pengarah Kolej Komuniti Gerik, Yang Dipertua Majlis Daerah Lenggong serta Pengarah Kolej Komuniti Kuala Kangsar.

You Might Also Like

13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong

13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak

Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah

Shamsul Anuar Melakukan Lawatan Tinjauan Projek Pembangunan Di Parlimen Lenggong

11 Pasukan Berentap Di Kampung Belum

Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article Lenggong Mahu Lahirkan Usahawan Berkualiti, Mampu Bersaing Di Pasaran Terbuka
Next Article UMNO-BN Boleh Kembali Pimpin Negeri Sembilan – Shamsul Anuar

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

KDN Selaras Jawapan Isu Kripto Haram, Imigresen
Parlimen
13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong
Tempatan
13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak
Tempatan
Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?