By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: Kertas Siasatan Kemalangan Maut Libatkan Kenderaan Polis Dikemukakan Kepada Pendakwa Raya
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Parlimen > Kertas Siasatan Kemalangan Maut Libatkan Kenderaan Polis Dikemukakan Kepada Pendakwa Raya
Parlimen

Kertas Siasatan Kemalangan Maut Libatkan Kenderaan Polis Dikemukakan Kepada Pendakwa Raya

Admin
Last updated: 2026/10/17 at 5:34 AM
2 Min Read
Share
SHARE

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan kertas siasatan kes kemalangan maut yang melibatkan sebuah kenderaan polis dan sebuah kereta Perodua Kelisa di Jalan Ipoh-Lumut, Perak. Kertas siasatan itu telah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perak untuk penelitian dan arahan lanjut.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, kemalangan tersebut berlaku pada 10 Februari 2026, kira-kira jam 3.35 petang. Ia melibatkan sebuah kenderaan polis jenis Honda Civic dan sebuah kereta Perodua Kelisa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pada sesi Kamar Khas di Parlimen hari ini.

Menurut beliau, ketika kejadian, dua anggota polis sedang menjalankan tugas rasmi mengekori sebuah motosikal dengan siren dan lampu amaran dihidupkan. Kemalangan tersebut turut melibatkan pemandu Perodua Kelisa, Wong Miji, serta seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Chong Zi Han.

“Kesemua empat individu yang terlibat telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan. Kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia pada jam 4.35 petang akibat kecederaan parah,” katanya.

Beliau berkata, PDRM telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Siasatan tersebut meliputi pemeriksaan fizikal di tempat kejadian, pemeriksaan kerosakan mekanikal oleh Puspakom Gopeng, serta rakaman keterangan daripada tiga orang saksi bebas.

Menurut beliau, dapatan siasatan setakat ini menunjukkan kereta Perodua Kelisa tersebut hilang kawalan sebelum memasuki laluan kenderaan polis dari arah bertentangan dalam keadaan melintang. Siasatan turut mendapati kenderaan tersebut tidak dilengkapi kamera papan pemuka.

“Kertas siasatan telah dilengkapkan di peringkat PDRM dan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perak untuk penelitian serta arahan lanjut. Oleh itu, sebarang keputusan berhubung tindakan perundangan seterusnya adalah tertakluk kepada arahan pihak pendakwa raya,” katanya.

You Might Also Like

RM7.33 Juta Dipulangkan Kepada Mangsa Penipuan

213 Rakyat Malaysia Ditahan Di Luar Negara Disyaki Menjadi Keldai Dadah

225 Permohonan Kewarganegaraan Di Sarawak Diluluskan

Pendatang Asing: Malaysia Utamakan Rondaan Bersama Thailand – Shamsul Anuar

Perbincangan Isu MyKad Sebelum Sesi Jawapan Di Dewan Rakyat

Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article Harapan Calon SPM Diiringi Doa
Next Article Kelahiran Di Malaysia Tidak Menjamin Kewarganegaraan Secara Automatik

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

Undi Rakyat Jadi Penentu Kejayaan Kerjasama BN-PN
Politik
Pendaftaran Terbuka Untuk Karnival Nasyid Parlimen Lenggong 2027
Nasional
Shamsul Anuar Hadiri Mesyuarat Induk Pilihanraya BN Melaka
Politik
Shamsul Anuar Melakukan Lawatan Tinjauan Projek Pembangunan Di Parlimen Lenggong
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?