By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: Kerjasama BN-PN Mampu Wujudkan Kestabilan Kerajaan Negeri Sembilan — Shamsul Anuar
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Politik > Kerjasama BN-PN Mampu Wujudkan Kestabilan Kerajaan Negeri Sembilan — Shamsul Anuar
Politik

Kerjasama BN-PN Mampu Wujudkan Kestabilan Kerajaan Negeri Sembilan — Shamsul Anuar

Admin
Last updated: 2026/07/24 at 11:07 AM
2 Min Read
Share
SHARE

LABU — Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menyatakan keyakinan bahawa kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihanraya negeri Negeri Sembilan akan menghasilkan sebuah kerajaan negeri yang stabil dan berpaksikan kepentingan rakyat pelbagai kaum.

Berucap pada majlis ceramah pilihanraya di Dewan Undangan Negeri (DUN) N20 Labu pada Rabu malam, beliau menjelaskan bahawa kerjasama tersebut bukan bermaksud penggabungan kedua-dua gabungan itu menjadi satu parti, sebaliknya ia bertujuan memastikan kerajaan yang dibentuk memperolehi majoriti yang kukuh.

“BN di pilihanraya ini hanya bekerjasama dengan PN bagi membolehkan kita mengambil alih Kerajaan Negeri Sembilan agar kerajaan yang dibentuk nanti memperolehi majoriti yang kuat dan akhirnya mampu mewujudkan kestabilan demi kepentingan rakyat pelbagai kaum dalam negeri ini,” kata beliau.

Beliau turut menjelaskan bahawa kedua-dua gabungan tersebut bersifat inklusif dan mewakili kepentingan semua kaum. BN, katanya, merupakan gabungan yang dianggotai parti komponen daripada pelbagai kaum, manakala PN turut terdiri daripada PAS, Parti Wawasan yang bersifat pelbagai kaum, Parti Gerakan, serta parti komponen yang mewakili masyarakat India.

“Yakin dan percayalah. Kerjasama BN dan PN akan nikmatnya diperolehi oleh semua kaum,” tegas Ahli Parlimen Lenggong itu.

Shamsul Anuar hadir di DUN N20 Labu selepas menyampaikan ceramah pada Majlis Ceramah Perdana Barisan Nasional di DUN N10 Nilai pada malam yang sama.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Puteri UMNO Malaysia, calon BN bagi DUN N20 Labu, Ketua UMNO Bahagian Rasah, Naib Ketua UMNO Bahagian, Yang Dipertua PAS Rasah, Ketua Wawasan Rasah serta Dato’ Razli Ibrahim.

You Might Also Like

Undi Rakyat Jadi Penentu Kejayaan Kerjasama BN-PN

Shamsul Anuar Hadiri Mesyuarat Induk Pilihanraya BN Melaka

Semangat Jentera Perkukuh Keyakinan Di Sungai Udang

Calon BN, Datuk Rais Ditetapkan Untuk Pilihan Raya DUN Sungai Udang

BN Kekal Konsisten Utamakan Kepentingan Negara & Rakyat

Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article BN Kekal Pilihan Terbaik Rakyat Negeri Sembilan – Shamsul Anuar
Next Article Shamsul Anuar Tutup Rasmi Festival Geofest 2026 Di Lenggong

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

KDN Selaras Jawapan Isu Kripto Haram, Imigresen
Parlimen
13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong
Tempatan
13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak
Tempatan
Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?