By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: Kementerian Dalam Negeri Perkukuh Kawalan Laluan Tidak Rasmi Di Sempadan Perlis
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Parlimen > Kementerian Dalam Negeri Perkukuh Kawalan Laluan Tidak Rasmi Di Sempadan Perlis
Parlimen

Kementerian Dalam Negeri Perkukuh Kawalan Laluan Tidak Rasmi Di Sempadan Perlis

Admin
Last updated: 2026/10/13 at 9:36 AM
2 Min Read
Share
SHARE

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menerima sesi taklimat khas daripada pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai persediaan menjawab Soalan No. 4 daripada Ahli Parlimen Padang Besar, Tuan Rushdan Rusmi di Dewan Rakyat semalam. Soalan itu berkaitan tindakan bersepadu kerajaan membanteras penggunaan laluan tidak rasmi di sempadan Perlis bagi penyeludupan manusia, dadah dan barangan terlarang, termasuk terhadap tekong, pembiaya, perekrut dan rangkaian kewangan sindiket.

Menurut beliau, penyelarasan risikan dan operasi bersama sentiasa diperkemas melibatkan AKPS, PDRM, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan PERHILITAN. Operasi berfokus seperti Op Tuari, Op Benteng, Op Tiris dan Op Taring dilaksanakan di kawasan panas sempadan Malaysia-Thailand, khususnya sekitar Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam.

Beliau menegaskan tindakan tersebut bukan sahaja melibatkan penahanan PATI, rampasan barangan terlarang dan pembanterasan penyeludupan manusia, malah melumpuhkan keseluruhan ekosistem sindiket termasuk rantaian tekong, pembiaya, perekrut dan rangkaian kewangan mereka di bawah AMLA 2001 dan ATIPSOM 2007.

KDN turut membangunkan Sistem Kawalan Sempadan Negara (SKSN) berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan analitik data, termasuk penubuhan ‘single command centre’ bagi menyelaraskan tindakan agensi. “Keselamatan negara tidak boleh bergantung kepada kekuatan anggota dan pemeriksaan manual semata-mata. Kita memerlukan sistem yang mampu mengesan ancaman secara masa nyata,” jelas beliau.

Di Perlis, sistem CCTV di kompleks ICQS kini dilengkapi 40 unit kamera dan 264 unit lampu limpah meliputi 27 zon pengawasan sepanjang lebih 53 kilometer. Sesi taklimat sebelum persidangan merupakan amalan standard bagi memastikan setiap jawapan kepada Dewan adalah tepat dan berlandaskan data terkini.

You Might Also Like

RM7.33 Juta Dipulangkan Kepada Mangsa Penipuan

213 Rakyat Malaysia Ditahan Di Luar Negara Disyaki Menjadi Keldai Dadah

225 Permohonan Kewarganegaraan Di Sarawak Diluluskan

Pendatang Asing: Malaysia Utamakan Rondaan Bersama Thailand – Shamsul Anuar

Perbincangan Isu MyKad Sebelum Sesi Jawapan Di Dewan Rakyat

Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article BN Lenggong Gerak 1,000 Jentera, Sasar Kuasai Semula Lenggong
Next Article KDN Perkukuh Kawalan Keselamatan Sempadan Maritim Sabah-Filipina

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

Undi Rakyat Jadi Penentu Kejayaan Kerjasama BN-PN
Politik
Pendaftaran Terbuka Untuk Karnival Nasyid Parlimen Lenggong 2027
Nasional
Shamsul Anuar Hadiri Mesyuarat Induk Pilihanraya BN Melaka
Politik
Shamsul Anuar Melakukan Lawatan Tinjauan Projek Pembangunan Di Parlimen Lenggong
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?