By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: Kelahiran Di Malaysia Tidak Menjamin Kewarganegaraan Secara Automatik
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Parlimen > Kelahiran Di Malaysia Tidak Menjamin Kewarganegaraan Secara Automatik
Parlimen

Kelahiran Di Malaysia Tidak Menjamin Kewarganegaraan Secara Automatik

Admin
Last updated: 2026/10/17 at 5:58 AM
2 Min Read
Share
SHARE

KUALA LUMPUR – Kelahiran seseorang individu di Malaysia tidak menjamin kewarganegaraan Malaysia secara automatik. Kewarganegaraan ditentukan berdasarkan status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa kandungnya pada waktu kelahiran.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, perkara ini selaras dengan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-Peraturan Kewarganegaraan 1964. Ia juga tertakluk kepada undang-undang berkaitan pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak dan imigresen.

“Anugerah kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi dan hak eksklusif Kerajaan. Kerajaan sangat ketat dalam perkara ini dan tidak akan menganugerahkannya sewenang-wenangnya tanpa memastikan pemohon benar-benar layak,” katanya ketika menjawab soalan Tan Kar Hing (PH-Gopeng) pada sesi Kamar Khas di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, pemohon bertanggungjawab membuktikan kelayakan masing-masing. Setiap permohonan diteliti secara menyeluruh mengikut giliran berdasarkan fakta kes dan dokumen sokongan. Tiada tempoh tertentu ditetapkan untuk keputusan dibuat, dan alasan penolakan berbeza mengikut fakta setiap kes.

“Memenuhi syarat hanya membolehkan permohonan dikemukakan, tetapi tidak menjamin permohonan tersebut diluluskan,” katanya.

Mengulas kes-kes yang dibangkitkan, beliau berkata permohonan Kong Kah Moon, Kong Kah Zhi, Kong Kah Fai dan Kong Kah Seng di bawah Perkara 15A telah ditolak kerana mereka sudah berumur lebih 21 tahun. Bagaimanapun, mereka boleh memohon secara naturalisasi di bawah Perkara 19, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Goh Yun Wah pula tidak dapat dihubungi sehingga surat makluman status permohonannya dikembalikan kepada KDN. Beliau disarankan mengemukakan permohonan baharu di bawah Perkara 19(1) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurut Shamsul Anuar, permohonan Wong Yu Bo dan Wong Yu Eng di bawah Perkara 15A masih dalam pertimbangan, dan keputusan akan dimaklumkan secara bertulis. Permohonan mereka tidak perlu dikemukakan semula walaupun bapa mereka, Wong Zah Ning, telah meninggal dunia.

Permohonan permit masuk atas nama Tang Yu Leong yang ditaja oleh suaminya, Kwah Eng Hai, pula masih dalam tapisan keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

You Might Also Like

RM7.33 Juta Dipulangkan Kepada Mangsa Penipuan

213 Rakyat Malaysia Ditahan Di Luar Negara Disyaki Menjadi Keldai Dadah

225 Permohonan Kewarganegaraan Di Sarawak Diluluskan

Pendatang Asing: Malaysia Utamakan Rondaan Bersama Thailand – Shamsul Anuar

Perbincangan Isu MyKad Sebelum Sesi Jawapan Di Dewan Rakyat

Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article Kertas Siasatan Kemalangan Maut Libatkan Kenderaan Polis Dikemukakan Kepada Pendakwa Raya
Next Article SDG Bersasar NCER Singgah Lenggong

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

Undi Rakyat Jadi Penentu Kejayaan Kerjasama BN-PN
Politik
Pendaftaran Terbuka Untuk Karnival Nasyid Parlimen Lenggong 2027
Nasional
Shamsul Anuar Hadiri Mesyuarat Induk Pilihanraya BN Melaka
Politik
Shamsul Anuar Melakukan Lawatan Tinjauan Projek Pembangunan Di Parlimen Lenggong
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?