LENGGONG – Dataran Lenggong meriah apabila Program KDN Turun Padang dan Karnival Sayangi Lenggong berlangsung sempena Lenggong Dialog 2026 pada 18 dan 19 Julai lalu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, pelbagai acara diadakan sepanjang karnival berlangsung selain pameran yang disertai jabatan dan agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Selain pameran daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di bawah KDN, banyak acara diadakan yang memeriahkan program ini,” katanya.
Ahli Parlimen Lenggong itu berkata, program tersebut menjadi platform agensi KDN mendekatkan perkhidmatan terus kepada rakyat di peringkat akar umbi.
Karnival Sayangi Lenggong merupakan inisiatif tahunan bagi mengukuhkan hubungan kerajaan dengan masyarakat setempat di kawasan Parlimen Lenggong.






























