HULU PERAK – Seorang warga emas di Kampung Air Jada yang sedang uzur kini lebih selesa selepas menerima sumbangan sebuah katil pesakit.
Katil itu diserahkan kepada Pak Cik Saad oleh Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak (DUN Kenering), Cikgu Aida, bagi memudahkan urusan penjagaannya oleh ahli keluarga.
Menurut Cikgu Aida, sebuah katil mungkin nampak biasa bagi kebanyakan orang, tetapi ia cukup besar maknanya kepada mereka yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.
“Sedikit sebanyak, ia dapat membantu memberikan keselesaan serta memudahkan urusan Pak Cik Saad dan keluarga dalam menjalani kehidupan seharian,” katanya.
Beliau berharap kemudahan itu dapat meringankan beban keluarga dalam menjaga Pak Cik Saad, sambil mendoakan agar warga emas itu terus diberikan kekuatan, kesihatan dan ketabahan.
Cikgu Aida berkata pihaknya akan terus membantu mana yang mampu, kerana setiap sumbangan kecil boleh membawa makna besar buat mereka yang memerlukan.



