LENGGONG – Jamuan Hari Raya anjuran pihak masjid bersama Muslimat Kampung Tanjung Kala berlangsung dalam suasana meriah dan penuh kemesraan hari ini, dengan kehadiran penduduk kampung daripada pelbagai peringkat usia.
Rohaida Mohamad Yaakub, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak, memaklumkan pelbagai juadah disediakan sepanjang program berlangsung, sekali gus mengeratkan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan majlis berkenaan.
Rohaida berharap ukhuwah yang terjalin terus kukuh dan diberkati, di samping mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh masyarakat.









