GERIK – Datin Hamisah Hussin, isteri Ahli Parlimen Lenggong Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, bersama Ketua Zon Kenayat mengunjungi beberapa buah rumah penduduk di sekitar Kampung Padang Jeri dan kawasan berhampiran menerusi program Ziarah Rakyat Sayangi Lenggong.
Shamsul Anuar berkata ziarah tersebut bertujuan mendengar secara langsung masalah dan keperluan penduduk, khususnya mereka yang tidak dapat hadir ke program rasmi di peringkat zon.
“Isteri saya bersama Ketua Zon Kenayat melakukan Ziarah Rakyat Sayangi Lenggong di beberapa buah rumah sekitar Kampung Padang Jeri dan beberapa rumah lain,” katanya.
Menurutnya, setiap maklumat dan aduan yang diterima sepanjang ziarah akan disalurkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan susulan.
Program ini sebahagian daripada rangkaian khidmat masyarakat yang dilaksanakan berterusan merangkumi 33 PDM dalam kawasan Parlimen Lenggong.






