LENGGONG – Heritage Walk Lenggong diperkenalkan sebagai satu lagi lokasi baharu bagi menyokong aktiviti pelancongan di daerah itu, menurut Shamsul Nasarah.
Beliau berkata, projek tersebut dicadangkan dengan peruntukan awal daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Menurutnya, Majlis Daerah Lenggong kemudiannya menerima tambahan peruntukan daripada Kementerian Ekonomi bagi melaksanakan projek berkenaan.
Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di Heritage Walk Lenggong, di samping membuka peluang kepada usahawan tempatan untuk berniaga termasuk menjual makanan, cenderamata dan lain-lain.
Beliau merasmikan Heritage Walk Lenggong pada 19 April 2026, jam 9.00 malam di Lenggong, Perak.







































