By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: Halia Liar Baharu Ditemui Di Lenggong, Bukti Kekayaan Biodiversiti Geopark UNESCO
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Tempatan > Halia Liar Baharu Ditemui Di Lenggong, Bukti Kekayaan Biodiversiti Geopark UNESCO
Tempatan

Halia Liar Baharu Ditemui Di Lenggong, Bukti Kekayaan Biodiversiti Geopark UNESCO

Admin
Last updated: 2026/08/25 at 8:31 AM
1 Min Read
Share
SHARE

LENGGONG – Satu spesies halia liar baharu yang dinamakan Alpinia Lenggongensis kini ditanam di Taman Herba Lenggong selepas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dijemput oleh Jabatan Hutan Negeri Perak dan Jabatan Hutan Daerah Lenggong untuk merasmikan penanamannya.

Spesies itu ditemui di kawasan Banjaran Bintang pada ketinggian 400 hingga 800 meter dari paras laut oleh penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), dan diumumkan secara rasmi pada Jun lalu.

Ahli Parlimen Lenggong itu berkata penemuan tersebut membuktikan Lenggong sangat kaya dengan pelbagai hidupan yang penting kepada dunia.

“Ini sekali lagi mengukuhkan mengapa kawasan ini layak mendapat dwi-pengiktirafan antarabangsa UNESCO, satu-satunya di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Lenggong memperoleh status Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2012 bagi Archaeological Heritage of the Lenggong Valley, manakala pengiktirafan kedua sebagai UNESCO Global Geopark diterima pada 28 April 2026.

You Might Also Like

13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong

13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak

Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah

Shamsul Anuar Melakukan Lawatan Tinjauan Projek Pembangunan Di Parlimen Lenggong

11 Pasukan Berentap Di Kampung Belum

Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article Taman Herba Lenggong jadi kenyataan, perkukuh status ‘Double Crown UNESCO’
Next Article Pembinaan Masjid Lenggong Hampir Selesai, Boleh Diguna November Ini

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

KDN Selaras Jawapan Isu Kripto Haram, Imigresen
Parlimen
13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong
Tempatan
13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak
Tempatan
Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?