GERIK – Penduduk Gerik bakal menerima sebuah klinik kesihatan bersepadu selepas projek tersebut diluluskan dalam Bajet 2027.
Klinik Kesihatan Bersepadu Bandar Gerik itu sebelum ini telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).
Ia akan dibina di Kampung Padang Kunyit, di atas tanah milik Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menyambut baik kelulusan itu.
“Alhamdulillah, ia akan meningkatkan kemudahan kesihatan penduduk,” katanya.
Beliau turut berharap kawasan tersebut akan menjadi pusat pertumbuhan baharu di Parlimen Lenggong.



