LENGGONG – Kanak-kanak Tadika dan Taska KEMAS DUN Kenering tampil penuh bergaya di atas pentas menerusi Pertandingan Fashion Show Bahan Kitar Semula sempena Semarak Merdeka Keluarga DUN Kenering.
Bahan-bahan terpakai disulap menjadi busana kreatif oleh peserta cilik yang melangkah dengan penuh keyakinan, masing-masing mempamerkan rekaan unik daripada warna-warni hingga gaya yang mencuit hati.
Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak (DUN Kenering), Cikgu Aida berkata program itu bukan sekadar pertandingan, tetapi ruang untuk kanak-kanak berani tampil dan belajar menghargai kitar semula.
“Setiap peserta mempunyai keistimewaan masing-masing. Mereka ini generasi yang kreatif, yakin dan cintakan alam sekitar,” katanya.









