By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: Festival Motosikal Bertam Himpun Lebih 70,000 Penyertaan
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Nasional > Festival Motosikal Bertam Himpun Lebih 70,000 Penyertaan
Nasional

Festival Motosikal Bertam Himpun Lebih 70,000 Penyertaan

Admin
Last updated: 2026/10/11 at 6:20 AM
1 Min Read
Share
SHARE

BERTAM – Lebih 70,000 motosikal berhimpun sempena Festival Y15, Y16 dan 135LS Kali Ke-2 yang berlangsung di sini pada 10 Oktober 2026.

Festival tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah. Ini kali kedua beliau dijemput merasmikan festival berkenaan selepas edisi sulungnya.

Beliau berkata, festival itu jelas menunjukkan minat yang tinggi dalam kalangan anak muda terhadap sukan dan industri permotoran. Menurutnya, ramai golongan muda kini terlibat secara aktif dalam industri dan perniagaan berkaitan permotoran, termasuk pembuatan peralatan dan aksesori motosikal, seperti yang dipamerkan sepanjang festival.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar menegaskan bahawa apa jua minat yang diceburi, peraturan dan undang-undang mesti sentiasa dipatuhi. Beliau turut menzahirkan rasa kagum terhadap kesungguhan peserta, yang majoritinya didapati sangat patuh dan memahami kepentingan mematuhi peraturan.

“Saya yakin festival ini, jika disusun dengan baik, akan memberi banyak manfaat kepada pelbagai pihak, terutamanya anak muda,” katanya.

Beliau menambah, penganjuran festival seumpama itu juga mampu menjana pulangan ekonomi kepada banyak pihak, sekali gus menyokong pertumbuhan industri permotoran tempatan.

You Might Also Like

Pendaftaran Terbuka Untuk Karnival Nasyid Parlimen Lenggong 2027

Jom Meriahkan Pelancaran Festival Nasyid Sayangi Lenggong!

Celebrate ASEAN Arts & Cultural Heritage In Lenggong

Raikan Keindahan Seni & Warisan ASEAN Di Lenggong

Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat Di Sungai Udang

Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article Kenduri Pagi, Takziah Petang Di Lenggong
Next Article BN Lenggong Gerak 1,000 Jentera, Sasar Kuasai Semula Lenggong

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

Undi Rakyat Jadi Penentu Kejayaan Kerjasama BN-PN
Politik
Pendaftaran Terbuka Untuk Karnival Nasyid Parlimen Lenggong 2027
Nasional
Shamsul Anuar Hadiri Mesyuarat Induk Pilihanraya BN Melaka
Politik
Shamsul Anuar Melakukan Lawatan Tinjauan Projek Pembangunan Di Parlimen Lenggong
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?