GERIK – Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak (DUN Kenering), Cikgu Aida hari ini turun ke Felda Lawin Selatan bagi menziarahi tiga keluarga termasuk seorang pesakit strok dan dua bekas pemimpin wanita cawangan menerusi program Kunjung Kasih Keluarga DUN Kenering.
Antara yang menerima kunjungan ialah Pak Cik Badarudin yang kini terlantar akibat serangan strok, Mantan Ketua Wanita Cawangan Cik Rabitah dan Mantan AJK Wanita Bahagian Cik Hasnah.
Sumbangan kotak makanan daripada Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan turut disampaikan kepada keluarga-keluarga berkenaan.
“Terima kasih kerana masih ingat dan sudi datang menziarahi kami. Kehadiran ini benar-benar menguatkan semangat kami,” kata ahli keluarga Pak Cik Badarudin yang jelas terharu dengan kunjungan tersebut.
Cikgu Aida berkata beliau bersyukur masih berpeluang menyantuni mereka yang banyak berjasa kepada masyarakat, sambil mendoakan kesembuhan buat Pak Cik Badarudin.
Program ini dilaksanakan secara berterusan bagi menjangkau penduduk DUN Kenering yang sedang menghadapi masalah kesihatan dan kesukaran hidup.












