LENGGONG – Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak (DUN Kenering), Cikgu Aida hari ini turun padang menemui penduduk di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Padang menerusi Program Kunjung Kasih Keluarga Kenering.
Katanya, kunjungan tersebut bukan sekadar bertanya khabar tetapi menjadi ruang mendengar suara rakyat secara langsung serta mengeratkan hubungan kekeluargaan yang telah lama terjalin.
“Setiap kunjungan adalah peluang untuk kita berkongsi cerita dan memastikan tiada masyarakat yang terpinggir,” ujarnya.
Program pada waktu pagi itu mendapat sambutan meriah daripada penduduk setempat serta jentera PDM Kampung Padang yang komited hadir menjayakan program tersebut.
Cikgu Aida merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan berharap semangat muafakat serta ukhwah yang terjalin terus diperkukuh demi kesejahteraan masyarakat DUN Kenering.





















