LENGGONG – Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak, Cikgu Aida minum pagi bersama peserta Kelas Bina Insan di Surau Air Pulau pada Selasa sebelum menghadiri mesyuarat rasmi.
Beliau berkata pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana ceria yang mengeratkan silaturahim sesama komuniti.
“Layanan mesra daripada semua yang hadir mencerminkan semangat kekeluargaan dan saling menghormati dalam komuniti,” katanya.
Beliau berharap Kelas Bina Insan terus menjadi platform yang memberi manfaat serta inspirasi kepada semua peserta.





