KENERING – Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak (DUN Kenering), Cikgu Aida hadir menyampaikan takziah kepada sebuah keluarga di Kampung Malau yang baru kehilangan insan tersayang pada Sabtu.
Beliau meluangkan masa duduk bersama ahli keluarga, mendengar luahan mereka serta berkongsi doa dan kata-kata semangat.
“Kehadiran kita mungkin tidak mampu menghilangkan kesedihan, tetapi mudah-mudahan dapat memberi sedikit kekuatan dan rasa bahawa mereka tidak bersendirian,” katanya.
Cikgu Aida mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.



