By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: BN Perlu Perkukuh Parti & Sentiasa Bersedia Hadapi Kemungkinan Politik – Shamsul
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Politik > BN Perlu Perkukuh Parti & Sentiasa Bersedia Hadapi Kemungkinan Politik – Shamsul
Politik

BN Perlu Perkukuh Parti & Sentiasa Bersedia Hadapi Kemungkinan Politik – Shamsul

Admin
Last updated: 2026/08/09 at 10:26 AM
2 Min Read
Share
SHARE

PENSIANGAN – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menyeru seluruh jentera Barisan Nasional (BN) agar terus memperkukuhkan parti dan memperkemas organisasi di semua peringkat bagi menghadapi perubahan landskap politik negara yang semakin dinamik.

Beliau menegaskan bahawa BN perlu sentiasa berada dalam keadaan bersedia menghadapi apa jua kemungkinan dan tidak boleh bergantung kepada satu keadaan semata-mata.

“Kekuatan parti mesti dibina melalui perpaduan, disiplin, organisasi yang mantap serta meningkatkan keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada parti. Dan yang penting, ideologi dan prinsip parti sesekali jangan berubah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pensiangan yang berlangsung di Dewan Belia Pensiangan, Sabah pada Ahad.

Dalam ucapan perasmian tersebut, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar turut menekankan bahawa BN bukan sekadar perlu bersedia untuk bertindak balas terhadap sebarang perkembangan politik semasa, malah perlu memposisikan diri untuk menentukan hala tuju politik negara secara keseluruhan.

“Maknanya apa jua perkembangan politik yang berlaku, BN mesti bersedia. Kita tidak boleh hanya untuk bertindak balas, tetapi bersedia untuk menentukan hala tuju politik negara,” tegasnya.

Perutusan yang disampaikan oleh Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar itu dilihat sebagai seruan jelas kepada seluruh jentera dan kepimpinan BN di setiap peringkat agar memperkukuh organisasi parti dari akar umbi, memantapkan disiplin serta memastikan parti kekal relevan dan berdaya saing dalam arena politik negara pada masa hadapan.

You Might Also Like

Undi Rakyat Jadi Penentu Kejayaan Kerjasama BN-PN

Shamsul Anuar Hadiri Mesyuarat Induk Pilihanraya BN Melaka

Semangat Jentera Perkukuh Keyakinan Di Sungai Udang

Calon BN, Datuk Rais Ditetapkan Untuk Pilihan Raya DUN Sungai Udang

BN Kekal Konsisten Utamakan Kepentingan Negara & Rakyat

Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article TMDN Tinjau Tapak IPD Baharu Nabawan, Komited Perkukuh Keselamatan Pedalaman Sabah
Next Article Shamsul Anuar Hadiri Program MEKAR Komuniti JPN Di Pensiangan

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

KDN Selaras Jawapan Isu Kripto Haram, Imigresen
Parlimen
13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong
Tempatan
13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak
Tempatan
Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?