MELAKA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menyuarakan keyakinan bahawa Melaka akan kekal di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), kali ini bersama Perikatan Nasional (PN).
Beliau menyatakan perkara itu menerusi perkongsian mengenai program Ramah Mesra Bersama Jentera Pilihan Raya BN Tangga Batu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Melaka.
“InsyaAllah. Melaka akan kekal milik BN & kali ini bersama rakan BN iaitu PN,” katanya.
Dalam program tersebut, Shamsul Anuar bertemu dengan jentera BN Tangga Batu bersama Pengerusi BN Parlimen Tangga Batu, Dato’ Rais Yassin.









