By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: Belum Ke Lenggong Kalau Tak Naik Bot
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Tempatan > Belum Ke Lenggong Kalau Tak Naik Bot
Tempatan

Belum Ke Lenggong Kalau Tak Naik Bot

Admin
Last updated: 2026/10/05 at 7:47 AM
1 Min Read
Share
SHARE

LENGGONG – Datang ke Lembah Lenggong, wajib naik bot. Itu pesanan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah kepada sesiapa yang berkunjung ke kawasan yang menyandang dwi-pengiktirafan UNESCO itu.

“Sesiapa yang datang ke Lembah Lenggong mesti menaiki bot untuk melihat keindahan kawasan Geotrail Tasik Raban – Kampung Beng,” katanya.

Pesanan itu dibuktikan sendiri oleh delegasi PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang meredah laluan air tersebut sempena Program Team Building PUSPANITA KDN di Lembah Lenggong.

Delegasi itu diketuai isteri Ketua Setiausaha KDN, bersama isteri Shamsul Anuar, Datin Hamisah Hussin, dan beberapa isteri Ketua Jabatan serta Agensi di bawah KDN.

Lenggong kini satu-satunya kawasan di Semenanjung Malaysia dengan dua pengiktirafan UNESCO: Tapak Warisan Dunia sejak 2012 dan UNESCO Global Geopark yang diiktiraf secara rasmi pada 28 April lalu di Paris.

Dengan status itu, Lenggong dilihat berpotensi besar menjadi destinasi pelancongan alam semula jadi dan warisan, sekali gus membuka peluang ekonomi kepada penduduk setempat.

You Might Also Like

13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong

13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak

Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah

Shamsul Anuar Melakukan Lawatan Tinjauan Projek Pembangunan Di Parlimen Lenggong

11 Pasukan Berentap Di Kampung Belum

Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article MB Perak Turun Padang Temui Pimpinan DUN Kenering
Next Article PUSPANITA KDN Selongkar Jejak Manusia Prasejarah Di Gua Kajang

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

KDN Selaras Jawapan Isu Kripto Haram, Imigresen
Parlimen
13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong
Tempatan
13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak
Tempatan
Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?