LENGGONG – Kejadian ribut melanda FELDA Papulut mengakibatkan beberapa rumah mengalami kerosakan, terutama pada bahagian bumbung.
Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Rohaida Mohamad Yaakub berkata bantuan awal telah disalurkan kepada mangsa terlibat melalui pusat khidmat dengan kerjasama penghulu Mukim Kenering.
Menurutnya, bantuan segera itu melibatkan pemberian kanvas bagi membolehkan penduduk melindungi kediaman sementara waktu.
Rohaida berkata tindakan susulan akan diteruskan pada pagi esok menerusi gotong-royong untuk membersihkan kawasan terjejas.
Pada masa sama, katanya, pemasangan bumbung sumbangan daripada pusat khidmat turut akan dilaksanakan bagi membantu penduduk yang rumahnya rosak.
Beliau turut berharap agar semua urusan dipermudahkan dan mangsa diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian tersebut.






