LENGGONG – Program Apa Khabar Keluarga Kenering diadakan di Kg Lawin menerusi inisiatif Kunjung Kasih Keluarga Kenering, melibatkan kunjungan ke Cawangan Tanjong Lobak, Kampung Lawin serta Kampung Ulu Lawin.
Program berbentuk santai itu menjadi ruang untuk bertanya khabar, mendengar pandangan penduduk dan mengeratkan hubungan silaturahim bersama masyarakat setempat.
Dalam kunjungan berkenaan, sumbangan dapur turut disampaikan kepada keluarga yang diziarahi.
Maklumat program ini disampaikan oleh Cikgu Aida, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak.
Penganjur turut merakamkan penghargaan kepada Wanita UMNO Lenggong, Puteri UMNO Lenggong, serta kepimpinan UMNO Cawangan Tanjong Lobak, Kg Lawin dan Kg Ulu Lawin yang bersama-sama menjayakan program itu.





















