LENGGONG – Menteri Besar Perak Dato’ Seri Saarani Mohamad menegaskan setiap aduan rakyat adalah amanah yang perlu diselesaikan, bukan sekadar didengar dan dicatat.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan program Hari Bertemu Rakyat Daerah Lenggong di Dewan Terbuka Masjid Kampung Sumpitan hari ini yang menyaksikan penduduk setempat beratur untuk menyuarakan masalah secara bersemuka.
“Saya percaya apabila kita duduk semeja, banyak perkara boleh diselesaikan,” katanya.
Bukan sekadar sesi aduan, program tersebut turut menyediakan kaunter pelbagai jabatan dan agensi di bawah satu bumbung termasuk pemeriksaan kesihatan percuma bagi memudahkan urusan rakyat tanpa perlu berulang-alik ke pejabat kerajaan.
Pasar Sejahtera Rakyat melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan turut dianjurkan, menawarkan barangan keperluan dapur pada harga 30 peratus lebih murah daripada pasaran.
Program ini turut dihadiri Pegawai Khas kepada Menteri Besar (DUN Kenering), Cikgu Aida yang membantu menyelaras keperluan rakyat di peringkat kawasan.












