By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: Program Ramah Mesra Bersama Warga Kerja AADK & PEMADAM Negeri Melaka
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Nasional > Program Ramah Mesra Bersama Warga Kerja AADK & PEMADAM Negeri Melaka
Nasional

Program Ramah Mesra Bersama Warga Kerja AADK & PEMADAM Negeri Melaka

Admin
Last updated: 2026/10/05 at 10:10 AM
2 Min Read
Share
SHARE

MELAKA – Seramai 4,906 penagih dan penyalah guna dadah direkodkan di Melaka sehingga Jun 2026, terdiri daripada 4,681 lelaki dan 225 wanita.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, Melaka Tengah mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 2,705 orang, diikuti Alor Gajah (1,483 orang) dan Jasin (718 orang).

Menurut beliau, ancaman dadah kini semakin kompleks seiring perubahan gaya hidup, tekanan sosial, pengaruh rakan sebaya, persekitaran digital serta kemunculan bahan-bahan baharu.

Justeru, katanya, pendekatan menangani penyalahgunaan dadah perlu sentiasa disesuaikan dengan perubahan trend, jenis bahan serta keperluan rawatan dan pemulihan, selain memerlukan ekosistem pencegahan, rawatan dan pemulihan yang kukuh dengan penglibatan menyeluruh semua pihak.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Ramah Mesra bersama warga kerja Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Melaka dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Melaka pada 3 Oktober lalu, yang menutup siri lawatan kerjanya ke negeri itu. Shamsul Anuar turut menegaskan bahawa kerjasama AADK bersama rakan strategik seperti PEMADAM, Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD) dan SKUAD Antidadah perlu terus diperkasakan supaya agenda memerangi dadah dapat dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato’ Haji Abdul Halim Haji Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Zainuddin Abdullah. Program itu menjadi medan untuk mendengar dan melihat sendiri kekuatan serta cabaran yang dihadapi warga kerja AADK dan sukarelawan dalam melaksanakan amanah pencegahan, rawatan dan pemulihan dadah.

You Might Also Like

Shamsul Anuar & Isteri Bertemu Guru Serta Pelajar Di Parlimen

Pendaftaran Terbuka Untuk Karnival Nasyid Parlimen Lenggong 2027

Jom Meriahkan Pelancaran Festival Nasyid Sayangi Lenggong!

Celebrate ASEAN Arts & Cultural Heritage In Lenggong

Raikan Keindahan Seni & Warisan ASEAN Di Lenggong

TAGGED: AADKXPEMADAM, MalaysiaMadani, SKUADAntiDadah, YakinMADANI
Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article NGO Rakan Strategik Kerajaan Perkukuh Keselamatan Komuniti
Next Article Pelajar MRSM Lenggong Jejak Parlimen

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

KDN Selaras Jawapan Isu Kripto Haram, Imigresen
Parlimen
13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong
Tempatan
13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak
Tempatan
Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?