GERIK – Majlis Flag Off Explorace Perak Sejahtera Daerah Hulu Perak 2026 berlangsung di Hentian Gerik pada Khamis dengan penyertaan 41 pasukan.
Pelepasan disempurnakan oleh Orang Besar Jajahan Hulu Perak, Toh Muda Dato’ Ar. LA Meor Roslan bin Dato’ Seri Hj. Meor Ahmad Rashidi.
Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak, Cikgu Aida yang turut hadir berkata program tersebut bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental peserta, malah menjadi platform mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kerja berpasukan.
“Semoga Explorace Perak Sejahtera terus menjadi medium yang menyatukan masyarakat serta melahirkan generasi yang aktif dan berdaya saing,” katanya.









